Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes aktif Covid-19 meningkat dua digit lepas lapan hari

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kes aktif Covid-19 di Selangor hari ini meningkat kepada dua digit iaitu 13 kes selepas lapan hari mencatatkan angka tunggal sejak 4 Julai lalu.

Sebanyak sembilan kes aktif dicatatkan pada 4 dan 5 Julai, tujuh kes pada 6 Julai, lapan kes (7 hingga 8 Julai), tujuh kes (9 Julai), empat kes (10 Julai) dan lima kes semalam.

“Demografi zon kes aktif kekal seperti semalam. Jumlah kes aktif pula meningkat ke dua digit setelah lapan hari berdigit tunggal.

“Terus berdisiplin serta saling berpesan supaya pematuhan dan pengamalan tatacara operasi piawai berada pada aras terbaik,” tulis Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor di Twitter malam ini.

Selangor mencatatkan sembilan kes baharu Covid-19 dengan lapan daripadanya merupakan saringan di Depot Tahanan Imigresen Sepang dan satu kes import membabitkan warganegara yang pulang dari Jerman.

Keseluruhannya, negeri itu merekodkan 2,088 kes.


Pengarang :