Petugas kesihatan memegang kit ujian sebelum membuat proses calitan bagi mengumpul sampel Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kembali dua digit

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kes Covid-19 naik semula kepada dua angka hari ini dengan 14 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,718 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata tiga daripadanya kes import membabitkan warganegara yang pulang dari Jerman dan Rusia.

“Sebelas kes lagi penularan dalam negara membabitkan tiga rakyat tempatan dan lapan warga asing,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan empat lagi pesakit pulih menjadikan jumlah yang sembuh sebanyak 8,519 kes.

Katanya, sebanyak tiga pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan dua memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 122 orang.

Berikut perincian kes jangkitan:

• Sarawak
– Satu kes saringan bergejala yang menjalankan saringan di pusat perubatan di Kuching sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif Covid-19
– Satu kes merupakan kontak rapat kes ke-8,694 iaitu sebahagian daripada Kluster Kejuruteraan Kuching

• Sabah
– Satu kes saringan prarujukan ke Hospital Keningau

• Depot Tahanan Imigresen Sepang
– Lapan kes jangkitan dalam negara bukan warganegara


Pengarang :