Seorang pekerja kesihatan memakai sut pelindungan diri membawa sampel ujian calitan berjalan melalui pasar tradisional di Jakarta, Indonesia pada 25 Jun 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Kes positif Covid-19 di Indonesia 104,432, kematian 4,975

JAKARTA, 29 JULAI: Indonesia mencatatkan 2,381 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini berjumlah 104,432 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi kerajaan Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 57,393 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 74 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 4,975 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,484 kes, diikuti Jakarta (20,572) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,663 orang, diikuti Jakarta (798), Jawa Tengah (594), Sulawesi Selatan (314) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :