Pekerja Kenanga Wholesale City beratur untuk menyukat suhu badan sebelum masuk ke dalam premis sebagai syarat dan tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan ketika tinjauan pada 5 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes wabak naik, rakyat mula abai SOP

SHAH ALAM, 21 JULAI: Bilangan kes harian Covid-19 yang kembali meningkat membabitkan penularan tempatan kebelakangan ini membimbangkan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rekod tersebut menunjukkan masyarakat mula alpa dan leka serta tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

“Jumlah kes aktif menurun kepada 63 kes pada 9 Julai, namun melebihi 100 kes pada 19 Julai dan hari ini cecah 130 kes,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, sebanyak 19 kluster masih aktif dengan 13 kluster baharu diumumkan dalam tempoh 10 hari. Sembilan daripada kluster baharu merupakan penularan tempatan yang tidak berkait dengan kes import.

“Tiga kluster pula berpunca dari kes import iaitu PUI (pesakit bawah siasatan) Novgorod, PUI Shirala, PUI Pitakwa dan Jupiter,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau turut menyambut baik keputusan kerajaan yang mewajibkan kuarantin dua minggu kepada rakyat tempatan dan warga asing yang pulang dari luar negara di stesen khas mulai 24 Julai ini.


Pengarang :