Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.
AGENDANASIONAL

KKM kesan individu gagal jalani saringan Covid-19 kali kedua

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) giat mengesan sejumlah individu yang menjalani perintah kuarantin di rumah tetapi gagal melakukan ujian saringan Covid-19 kali kedua.

Ketua pengarah kesihatan berkata kumpulan tersebut sepatutnya menjalani ujian berkaitan pada hari ke-13 dan hadir ke klinik kerajaan atau swasta untuk mendapatkan keputusan keesokannya serta kemukakan ke pusat kesihatan daerah.

“Tetapi mereka tidak datang. Justeru, KKM melaksanakan pemerkasaan atau kawalan kendiri bagi mengenal pasti individu tersebut berdasarkan alamat yang diberi.

“Ini adalah salah satu cara untuk lihat sejauh mana kepatuhan mereka menjalani ujian saringan ini walaupun KKM sudah beri peringatan,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan polis memburu kira-kira 1,400 individu yang dikaitkan dengan perkara terbabit kerana jelas melanggar tatacara operasi piawai.


Pengarang :