Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 7 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM kesan satu kes baharu Kluster Bukit Bintang

SHAH ALAM, 2 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kes baharu jangkitan Covid-19 bagi Kluster Bukit Bintang menjadikan jumlah keseluruhan 11 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, 10 kes membabitkan warganegara Bangladesh dan seorang rakyat tempatan.

“Sehingga kini, 304 individu disaring dan 204 daripadanya bukan warganegara manakala 100 lagi warga Malaysia. Hasil saringan mendapati 293 negatif Covid-19.

“Namun kes baharu ini dikesan dari saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. Kita masih menyiasat punca jangkitan kluster ini,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka diasingkan di pusat kuarantin dan yang didapati positif dirawat di hospital.


Pengarang :