Sebahagian warga asing duduk dalam keadaan beratur ketika hadir untuk membuat saringan Covid-19 di Pangsapuri Langat Utama pada 1 JUN 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: Kluster syarikat pembersihan KL tamat

SHAH ALAM, 9 JULAI: Kluster syarikat pembersihan Kuala Lumpur membabitkan empat kes positif Covid-19 diisytihar tamat hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tempat kerja itu dikesan hasil saringan 10 orang pekerja warga asing syarikat tersebut.

“Saringan itu merupakan inisiatif majikan untuk menyaring pekerja bukan warganegara mereka.

“Sehingga hari ini, 33 individu disaring membabitkan 16 warganegara dan 17 warga asing. Hasil saringan, empat warga Indonesia disahkan positif iaitu tiga dalam kalangan pekerja dan satu kontak rapat” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Menurut beliau, setakat ini 11 kluster syarikat pembinaan diisytihar tamat dan empat masih aktif iaitu kluster Syarikat Pembinaan Kuala Lumpur 2, kluster Pedas, kluster Syarikat Pembersihan, kluster Syarikat Tapak Pembinaan Kuching.

Tambah Dr Noor Hisham, sehingga 12 tengah hari tadi seramai 10,362 individu berkait dengan kluster tempat kerja sudah menjalani saringan.

“4,242 orang warganegara manakala 6120 bukan warganegara. Dari kluster ini seramai 722 positif iaitu 122 warganegara dan 600 warga asing,” katanya.


Pengarang :