Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

KKM saran 620 individu jalani saringan kali kedua

SHAH ALAM, 2 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa 620 individu yang belum menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua untuk segera berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka adalah sebahagian daripada 1,472 orang dilaporkan pada 29 Jun lalu manakala baki 852 lagi sedang giat dikesan polis dan pejabat kesihatan daerah.

“KKM mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil ke atas individu yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini iaitu mereka boleh dikenakan denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata 5,184 orang pula diberi pelepasan selepas saringan hari ke 13 dan didapati negatif.

Dr Noor Hisham menyeru pengembara yang pulang ke tanah air untuk memberi kerjasama serta ahli keluarga juga perlu berperanan memastikan mereka mengikut arahan.


Pengarang :