Operasi pembersihan dan perpindahan pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur yang diklasifikasi sebagai zon merah pada 23 Mac 2020. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
AGENDANASIONAL

KKM terus pantau subkluster Seri Petaling, saring kumpulan berisiko

SHAH ALAM, 8 JULAI: Saringan serta pengesan terhadap subkluster Seri Petaling diteruskan walaupun kluster terbesar itu diisytiharkan tamat hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tumpuan saringan dijalankan di madrasah serta sekolah tahfiz yang berkaitan.

“Sekiranya ada keperluan atau tanda peningkatan kes contohnya membabitkan jemaah tabligh kita akan terus laksanakan saringan itu.

“Ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan saringan bersasar kepada kumpulan berisiko tinggi yang dikenalpasti dan lokaliti terbabit,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, beliau mengisytiharkan penamatan kluster perhimpunan Seri Petaling selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari sejak 11 Jun lalu.

Daripada kluster itu 42,023 individu disaring sehingga jam 12 tengah hari tadi dengan 3,375 daripadanya positif.


Pengarang :