Jemaah yang mendapat kebenaran khas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang mendengar khutbah pada 19 Jun 2020. Foto Ihsan Masjid Jamek Ar Rahimiah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kuliah, kelas mengaji di masjid, surau dibenarkan bermula minggu ini

SHAH ALAM, 1 JULAI: Semua aktiviti agama di masjid dan surau dibenarkan bermula minggu ini tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) dan kapasiti rumah ibadah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran meliputi kuliah, solat duha, kelas mengaji dan fardu ain.

“Masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat mulai 3 Julai ini mengikut SOP biasa yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan semua masjid dan surau di seluruh negeri dibuka semula mulai 3 Julai bagi melaksanakan solat Jumaat.

Baginda bertitah semua rumah ibadah selain yang diumumkan sebelum ini juga dibuka bagi mendirikan solat fardu berjemaah dengan mematuhi SOP.


Pengarang :