Nge Sze Han mendengar taklimat ringkas daripada Pengurus Besar Kanan IOI Properties, Chung Nyuk Kiong ketika meninjau laluan pejalan kaki berbumbung baharu yang menghubungkan Pusat Kewangan dan Korporat Puchong (PFCC) ke LRT Taman Perindustrian Puchong di Bandar Puteri Puchong pada 11 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Laluan berbumbung tarik orang ramai guna pengangkutan awam

PUCHONG, 11 JULAI: Laluan berbumbung pejalan kaki berhampiran Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Puteri, dekat sini akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

EXCO pengangkutan awam berkata langkah itu sekali gus mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan komersial tersebut.

“Ini (laluan berbumbung) merupakan usaha baik IOI Properties iaitu pemaju di Bandar Puteri dalam memajukan kawasan perbandaran di samping orang ramai berasa selesa dan selamat,” kata Ng Sze Han selepas melawat laluan berkenaan hari ini.

Laluan sepanjang 360 meter dilengkapi jejantas serta landskap itu dibina dengan kos RM2 juta dan siap selepas dua tahun projek bermula.

Ia diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi urusan penyelenggaraan dan memastikan kemudahan itu terjaga.


Pengarang :