Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 24 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lima kes baharu Covid-19, tiada kematian

SHAH ALAM, 3 JULAI: Lima kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 8,648.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu semua membabitkan warganegara Malaysia iaitu tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua kes saringan di Hospital Queen Elizabeth.

“Bagaimanapun, tiada kes dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan hari ini,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata terdapat sembilan pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif 8,446 kes.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kematian menjadikan ia kekal 121 kes,” katanya.


Pengarang :