Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor 2020 di Auditorium Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam pada 28 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Malaysia Prihatin tema sambutan hari kebangsaan tahun ini

SHAH ALAM, 28 JULAI: Dato’ Seri Amirudin Shari menyempurnakan majlis pelancaran bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Majlis dimulakan dengan mendengar amanat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis pelancaran program sama peringkat kebangsaan mmenerusi tayangan lintas langsung dari Dataran Perdana Putrajaya.

Tema sambutan kemerdekaan tahun ini adalah Malaysia Prihatin sebagai tanda bersama-sama memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara.

Dato’ Menteri Besar seterusnya melafazkan ikrar Rukun Negara dan menyampaikan ucaptama menekankan penghayatan prinsip Rukun Negeri serta berikrar mengekalkan kestabilan Selangor bagi memastikan kesan ekonomi ketika berdepan Covid-19 dapat ditangani sebaik mungkin menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi fasa ketiga.

Beliau kemudiannya menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua jabatan dan bersama-sama menonton dua tayangan video ‘Merdeka Community Bonding’ serta promosi bulan kemerdekaan juga menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera.

Majlis pelancaran diakhiri dengan acara ‘flag off’ melepaskan konvoi ‘Info On Wheels Merdeka’ yang dibuat Amirudin di ruang legar Dewan Jubli Perak.


Pengarang :