Beberapa wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di ibu negara Indonesia, Jakarta pada 2 Mac 2020 ekoran penularan kes Covid-19 di republik itu. Foto AFP
EXCOSELANGOR

Manfaat Kiss diperluas untuk beli PPE, pelitup muka

SHAH ALAM, 15 JULAI: Manfaat Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) diperluas untuk pembelian peralatan perlindungan peribadi (PPE), pelitup muka, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman.

EXCO kebajikan berkata penambahbaikan bantuan terutama inisiatif untuk golongan wanita yang terjejas akibat Covid-19 kini pada peringkat akhir kelulusan.

“Kerajaan Negeri bersikap terbuka menerima maklum balas daripada pemegang kad bagi kebaikan semua pihak,” kata Dr Siti Mariah Mahmud ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj berhubung manfaat yang diterima penerima Kiss sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Pada 1 November tahun lalu, Selangor menambah peruntukan program berkenaan sebanyak RM12 juta menjadikan jumlah keseluruhan bagi 2020 meningkat kepada RM62 juta.

Sejak diperkenalkan pada 2017, inisiatif itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 wanita di negeri ini.


Pengarang :