Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima selepas menyerahkan sumbangan kewangan dan lembu korban kepada masjid dan surau di Masjid Jamiatus Solahiah, Batu Caves pada 30 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Masjid, surau DUN Sungai Tua terima sumbangan RM80,000

BATU CAVES, 31 JULAI: Kira-kira RM80,000 diperuntuk kepada empat masjid dan tiga surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi keperluan rumah ibadat itu.

Sumbangan kewangan masing-masing berjumlah RM10,000 meliputi Masjid Jamiatus Solahiah, Masjid At-Taqwa, Masjid Nahkoda, Masjid Al-Amaniah, Surau Al-Jannah, Surau As-Solehin dan Surau Al-Abrar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesemua rumah ibadat berkenaan turut menerima bantuan kerusi roda dan komputer riba.

“Sumbangan ini biasanya disampaikan pada Ramadan dan Aidilfitri cuma kali ini kita beri pada Aidiladha disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kebanyakan masjid dan surau beroperasi semula, jadi kita harap dapat meringankan beban mereka apatah lagi kutipan agak terjejas kerana jemaah semakin berkurang,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum itu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua berbuka puasa dan solat maghrib serta menyertai jemaah Masjid Jamiatus Solahiah melakukan takbir raya.


Pengarang :