Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MB tunggu mengadap Sultan Selangor persembah nama calon EXCO

SHAH ALAM, 21 JULAI: Dato’ Menteri Besar masih menunggu tarikh bagi mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk mempersembahkan nama calon EXCO.

“Saya sedang menunggu untuk mengadap Tuanku,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ringkas pada sidang media selepas merasmikan program RiDE di Foyer Bangunan SUK hari ini.

Setakat ini, tiga jawatan EXCO kosong selepas berlaku perubahan kepimpinan dalam Pakatan Harapan dan meninggal dunia.

Jawatankuasa tetap pendidikan kosong selepas penyandangnya Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos 2018 dan tanggungjawab itu diambil alih oleh Amirudin.

Dua lagi kekosongan membabitkan jawatankuasa tetap kebudayaan dan pelancongan, peradaban melayu dan warisan serta jawatankuasa tetap perumahan dan kehidupan bandar.


Pengarang :