Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB yakin rakyat bijak menilai, tiada kaum dipinggirkan

AMPANG, 26 JULAI: Program pembangunan dan aktiviti masyarakat di negeri ini tidak meminggirkan mana-mana kaum, etnik atau agama, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dakwaan sokongan kaum tertentu kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) merosot tidak tepat dan yakin rakyat bijak menilai pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Mana-mana pihak boleh buat kajian lapangan mengenai sokongan kaum atau rakyat kepada parti tertentu, namun kita kekal fokus malah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kekal utuh di Selangor,” katanya ditemui selepas menghadiri Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri bekerja demi rakyat dan hasilnya dinikmati menerusi pelbagai inisiatif disalurkan.

Sebelum ini, portal The Star melaporkan PAKATAN berdepan tugas sukar di Selangor untuk memenangi undi kaum Cina pada PRU15.

Kajian Merdeka Center mendapati undi kaum tersebut yang membentuk 25 peratus populasi rakyat Selangor bukan lagi deposit tetap kepada PAKATAN.


Pengarang :