Perlawan akhir pasukan Tornado FC menentang Ikmal Fc semasa Program Kejohanan Futsal Pejabat Daerah Klang di Sportizza Klang, Telok Gadong pada 18 Ogos 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKPP: Padang komersial, gelanggang futsal dibenar operasi

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pengusaha pusat sukan seperti padang komersial, gelanggang futsal dan akademi dibenar memulakan perniagaan mulai 15 Julai mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Menteri kanan (kluster keselamatan) pengendali perlu membersihkan peralatan dan melakukan proses nyahkuman selepas digunakan selain menggalakkan pengunjung membuat tempahan dalam talian.

“Setiap peserta atau pemain perlu menggunakan aplikasi MySejahtera, disaring suhu badan dan gejala sakit, kawalan bilangan petugas dan pengguna dihadkan mengikut keluasan premis,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri juga berkata kerajaan kini membenarkan pusat hiburan keluarga dan kanak-kanak yang terletak di dalam bangunan dibuka semula.

“Selepas mengambil kira lebih 3,000 tenaga kerja terbabit dalam sektor ini serta sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara, kerajaan memutuskan membenarkan perniagaan ini beroperasi semula. Bagaimanapun, operasi disko masih tidak dibenarkan,” katanya.


Pengarang :