AGENSISELANGOR

Paip pecah: Gombak alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di Rumah Pam Melawati, dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata susulan itu, sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.

“Sehingga jam 1 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah dan membaik pulih sistem rumah pam tersebut.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas sedang digerakkan bagi membantu pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikut ialah kawasan yang terjejas:

1. Taman Melawati
2. Kemensah Residensi
3. Saujana Melawati
4. Sunway Kayangan
5. Sunway Melawati
6. Tiara Kemensah
7. Tropika Kemensah
8. Twin Palm Kemensah
9. Ukay Prima
10. Bukit Melawati
11. Nadayu Melawati
12. Amber Hill
13. Kampung Klang Gate
14. 203 Melawati
15. Zoo Negara
16. Kemensah Heights


Pengarang :