Individu yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Shah Alam perlu menunjukkan kad kehadiran sebelum dibenarkan masuk ketika tinjauan pada 3 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pematuhan SOP masjid, jemaah solat Jumaat memuaskan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan berpuas hati terhadap pengurusan dan pematuhan tatacara operasi piawai standard (SOP) masjid di seluruh negara, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan di 2,507 masjid membabitkan 287,296 jemaah mendapati mereka mengamalkan penjarakan sosial serta berdisiplin.

“Langkah kerajaan membenarkan lebih ramai melaksanakan solat Jumaat digunakan sebaik mungkin dengan memastikan ibadah tersebut berjalan lancar manakala bilangan jemaah mengikut kapasiti masjid.

“Kita amat berpuas hati dan diharap jemaah memastikan tahap disiplin dikekalkan sehingga penularan virus di negara ini berakhir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan menetapkan had maksimum untuk majlis agama, sosial dan rasmi diselaraskan, bergantung kepada kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial bermula 15 Julai ini.


Pengarang :