Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Bangunan Parlimen pada 16 Julai 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pendaftaran pelajar kolej matrikulasi secara berperingkat mulai 3 Ogos

SHAH ALAM, 30 JULAI: Proses pendaftaran 30,000 pelajar kolej matrikulasi di 15 kampus seluruh negara dilakukan secara berperingkat mulai 3 hingga 7 Ogos depan, kata menteri kanan (kluster keselamatan)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi mengelak tempat pendaftaran sesak dan sesi pembelajaran bermula 14 Ogos.

“Pembukaan semula kolaj matrikulasi tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) yang dibentangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam.

“Antara SOP mengawal jangkitan Covid-19 termasuk penjarakan sosial, penjarakan katil asrama serta SOP kebersihan diri, pengambilan suhu ketika masuk kelas dan penggunaan cecair pembasmi kuman,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuka semula mulai September depan membabitkan 5,000 guru pelatih baharu dan 8,000 pelajar sedia ada.


Pengarang :