Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma, Ampang pada 26 Julai 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PRK Slim: PAKATAN runding dengan kumpulan Tun Mahathir

AMPANG, 26 JULAI: Pakatan Harapan (PAKATAN) berunding dengan kumpulan serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim di Perak.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai senarai calon tetapi perbincangan lanjut perlu dibuat sebelum dimuktamadkan.

“Kita ada berhubung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang.

“Walaupun Bersatu tidak lagi berada dalam Pakatan tetapi kita tidak mahu ada pihak kata kita ambil tindakan tanpa berunding,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Penerangan KEADILAN di Hotel De Palma hari ini.

Namun, ahli parlimen Port Dickson berkata langkah berunding dengan Dr Mahathir bukan bermakna PAKATAN memberi laluan kepada kumpulan bekas perdana menteri bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Slim pada 29 Ogos dengan penamaan calon pada 15 Ogos manakala mengundi awal pada 25 Ogos.


Pengarang :