Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Skim Insuran Peduli Rakyat kepada penerima selepas sidang media di Dewan Annexe, Shah Alam pada 15 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rakyat Selangor disaran manfaatkan Skim Insurans Peduli Sihat

SHAH ALAM, 15 JULAI: Keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah di Selangor disaran memanfaatkan tambahan bantuan yang disediakan menerusi Skim Insurans Peduli Sihat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pakej rangsangan Selangor prihatin yang diumum pada 1 April lalu memperuntukkan bantuan pengebumian sebanyak RM1,000, perlindungan kemalangan diri (RM5,000), perlindungan penyakit kritikal (RM5,000) dan insurans nyawa (RM5,000).

“Insurans kesihatan yang meliputi 85,000 keluarga ini bertujuan membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menerima rawatan asas serta pelbagai manfaat kesihatan lain.

“Aspek kesihatan sentiasa dititikberatkan dalam dasar pentadbiran negeri bagi memastikan rakyat Selangor menikmati kualiti kehidupan lebih baik,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM42.5 juta di bawah Skim Insurans Peduli Sihat bagi mendepani krisis Covid-19. Skim tersebut yang diperkenalkan pada Disember 2016 membiayai rawatan kesihatan asas kepada 250,000 keluarga B40.


Pengarang :