EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail melihat produk kraftangan penduduk setempat di Mini Expo Usahawan (Mexus) daerah Sabak Bernam, pada 7 September 2019.
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sarang Ekonomi Desa: Selangor fokus produk kraftangan

SHAH ALAM, 9 JULAI: Kerajaan Selangor mahu memberi tumpuan kepada produk kraftangan negeri dalam projek Sarang Ekonomi Desa fasa ketiga yang dijadual bermula tahun ini.

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata aneka bentuk hasil kerja tangan berpotensi diketengah termasuk batik dan kerongsang diperbuat daripada piuter.
“Kuasa beli rakyat Malaysia sangat tinggi, jadi amatlah rugi jika kita tidak ketengahkan produk-produk tempatan ini, justeru sebelum akhir tahun ini, Kerajaan Negeri akan bimbing usahawan kraftangan menerusi projek Sarang Ekonomi Desa,” katanya.
Tahun lalu, Kerajaan Selangor melancarkan program Sarang Ekonomi Desa untuk mempromosi perusahaan masyarakat luar bandar.
Kampung Kuantan di Kuala Selangor dipilih sebagai model projek itu. Fasa kedua pula membabitkan penanaman cili di Petaling, Klang dan Kuala Selangor.

Menerusi program tersebut, penduduk dapat meningkatkan pendapatan melalui kegiatan ekonomi secara khusus.

Ia sebahagian inisiatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sekali gus memberi peluang kepada penduduk lmemanfaat kelebihan di kampung masing-masing.


Pengarang :