Peneroka asal tapak Kampung Seri Temenggong melihat model Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Batu Caves pada 27 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PILIHAN MINGGUANSELANGOR

Sasar bina 48,000 unit Rumah Idaman dalam tempoh lima tahun

SHAH ALAM 13 JULAI – Kerajaan Selangor menyasarkan pembinaan 48,000 unit Rumah Idaman dalam tempoh lima tahun kepada golongan berpendapatan rendah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek dengan nilai ekonomi RM12 bilion bakal menyelesaikan isu pemilikan rumah golongan peringkat bawah dan pertengahan.

“Pelaksanaan projek Rumah Idaman ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah pemilikan rumah kepada golongan B40 dan M40 tetapi ia juga akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri seperti penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya pada 13 Julai.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Insentif Galakan Pembinaan Rumah Selangorku dengan membenarkan pemaju meminda syarat.

Unit kediaman itu yang seluas lebih 1,000 kaki persegi dengan harga kira-kira RM250,000 dilengkapi penghawa dingin, kabinet dapur, kabinet baju dan pemanas air.

Melalui insentif ini, tambah Amirudin, Kerajaan Negeri mendapat lebih 3,000 unit Rumah Selangorku dengan nilai hartanah RM750 juta secara percuma sehingga 2023.

 

 


Pengarang :