Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat mangsa banjir di Dewan SJK(C) Dengkil pada 20 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Satu pusat pemindahan di Sepang ditutup

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Dato’ Ahmad Razali, Sepang ditutup jam 8 pagi ini selepas 18 keluarga dibenarkan pulang.

Unit Pengurusan Bencana negeri berkata setakat ini hanya empat pusat pemindahan di daerah itu masih beroperasi yang menempatkan 211 mangsa daripada 55 keluarga.

“Empat pusat pemindahan yang aktif adalah Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil dengan 56 mangsa, Dewan Orang Ramai Dengkil (54), SRA Dengkil (69) dan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil (33),” menurut kenyataannya.

Agensi itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku pada 18 Julai lalu, selain menyampaikan maklumat terkini.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, 41 kawasan di Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak dan Klang mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kajian bencana yang dijangka selesai awal tahun depan bagi menangani dampak tragedi itu dengan lebih berkesan.


Pengarang :