Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Segera buat saringan secara sukarela atau ditemani polis

SHAH ALAM, 6 JULAI: Seramai 414 individu yang belum melakukan saringan kedua Covid-19 selepas menjalani tempoh kuarantin wajib di rumah, diminta tampil berbuat demikian secepat mungkin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis bersedia menemani mereka melakukan saringan bagi memudahkan proses berkenaan.

“Saya harap mereka pergi dengan segera ke klink kesihatan berhampiran atau hubungi Kementerian Kesihatan untuk lakukannya bagi mengesahkan sama ada positif atau negatif,” kata menteri kanan (kluster keselamatan) ketika sidang media di Putrajaya.

Sebelum ini polis memburu 1,400 rakyat tempatan yang dikuarantin 14 hari di rumah selepas pulang dari luar negara.

Kelompok itu wajib menjalani saringan kedua pada hari ke-13 selepas didapati negatif semasa ujian pertama.

Sekiranya gagal berbuat demikian mereka dianggap melanggar tatacara operasi piawai (SOP) serta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Pengarang :