AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor ketiga tertinggi kadar pendapatan isi rumah

SHAH ALAM, 12 JULAI: Selangor mencatatkan kadar pendapatan isi rumah penengah sebanyak RM8,210, ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur (RM10,549) dan Putrajaya (RM9,983).

Labuan pula merekodkan pendapatan isi rumah RM6,726 diikuti Johor (RM6,427), Pulau Pinang (RM6,169) dan Melaka (RM6,054), menurut laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

“Secara purata, ketiga-tiga Wilayah Persekutuan merekodkan nilai pendapatan purata lebih tinggi daripada paras nasional iaitu RM7,901.

“Selangor dan Johor turut merekodkan nilai pendapatan purata lebih tinggi masing-masing RM10,827 dan RM8,013,” katanya menerusi laporan Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan, Ketaksamarataan, Perbelanjaan, Kemudahan Asas kelmarin.

Negeri lain yang melepasi kadar pertumbuhan penengah nasional dalam tempoh tiga tahun ialah
Terengganu (5.6 peratus), Kelantan (4.9 peratus), Pulau Pinang (4.4 peratus) dan Kedah (4.2 peratus).

Pendapatan purata isi rumah di Malaysia berada pada paras RM7,901 tahun lalu berbanding RM6,958 pada 2016 manakala pendapatan penengah pada paras RM5,873 berbanding RM5,228 pada 2016.


Pengarang :