Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama pemenang pada program penyampaian hadiah Pertandingan Lukisan Komik ‘Water You Doing’ anjuran Selangor Maritime Gateaway (SMG) di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 2 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor Maritime Gateway jadikan Sungai Klang sumber ekonomi

SHAH ALAM, 2 JULAI: Pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway (SMG) dapat menjadikan Sungai Klang sebagai sumber air kepada industri dan kawasan perumahan.

Dato’ Menteri Besar berkata perkara itu tidak mustahil sekiranya perancangan baik dijalankn hingga meningkatkan kualiti air.

“Projek ini turut menjamin kemajuan pembangunan sepanjang tebing Sungai Klang. Matlamat projek ini untuk bersihkannya dan mengesan faktor ekonomi yang boleh digerakkan sepanjang sungai,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menyampaikan hadiah pertandingan SMG Water You Doing? Show Us Your Art! anjuran Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) di sini hari ini.

Mengulas mengenai pertandingan itu, Amirudin berkata ia satu langkah yang dapat menyedarkan rakyat kepentingan sungai.

Projek SMG dikenalkan pada 2018 membabitkan 120 kilometer Sungai Klang bertujuan menjana semula industri perhotelan, perdagangan, pelancongan, perumahan serta industri perkhidmatan.

Projek dikendalian LLSB itu juga dapat meningkatkan tahap kebersihan kualiti air dalam lembangan dan rizab sungai sekurang-sekurangnya pada tahap kedua indeks kualiti air.


Pengarang :