Bekalan air di Gombak dijangka pulih sepenuhnya jam 6 petang, 27 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor tidak naik tarif air, elak rakyat terbeban

SHAH ALAM, 21 JULAI: Selangor senada dengan Putrajaya untuk tidak menaikkan tarif air ketika rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Memang tiada hasrat naik tarif sepanjang Covid-19,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ringkas ketika ditemui selepas merasmikan program RiDE di SUK hari ini.

Kenyataan tersebut mengulas jaminan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk tidak menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan penularan wabak.

Sementara itu, Amirudin berkata pihaknya sudah menyerahkan pelan perniagaan dan kewangan kepada Pengurusan Aset Air Berhad serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Hari ini, kerajaan memberi jaminan semakan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa depan dibuat dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.


Pengarang :