Sampel saringan Covid-19 individu yang akan dihantar bagi mendapat keputusan sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

STFC: Tambah empat kes import Covid-19, jumlah semua 2,070

SHAH ALAM, 9 JULAI: Jumlah kes Covid-19 di Selangor meningkat selepas pertambahan empat kes import hari ini.

Menurut Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) keseluruhan kes di negeri ini kini sebanyak 2,070.

“Kes harian yang tiada jangkitan tempatan merupakan satu petanda baik. Warga Selangor perlu terus mengamalkan penjarakan fizikal, mengamalkan kebersihan, pakai pelitup muka serta gunakan SELangkah sebagai jaringan keselamatan,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, data Bilik Gerakan Covid-19 Selangor menunjukkan kes import membabitkan tiga pengembara yang pulang dari Indonesia serta satu dari Mesir.

Ketika ini, hanya tujuh kes yang masih aktif direkodkan dan jumlah kematian kekal 24 kes.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes penularan tempatan hari ini manakala kes import dikesan di Selangor dan Johor.


Pengarang :