Atlet karate Selangor kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor tahun hadapan ketika tinjauan di Akademi SKA Karate – do Seksyen 25, Shah Alam pada 5 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SELANGOR

Sukma 2020: Skuad karate Selangor yakin kutip dua emas

SHAH ALAM, 18 JULAI: Skuad karate Selangor menyasarkan kutipan dua emas sekalipun menampilkan atlet muda pada Sukan Malaysia (Sukma) di Johor.

Jurulatihnya, Prem Kumar Subbanna berkata beliau kini menggunakan pendekatan psikologi bagi meningkatkan semangat atlet mengejar sasaran tersebut.

“Kita ketengahkan atlet muda kali ini dan menyasarkan memperbaiki keputusan kutipan pingat di Sukma lalu yang sekadar mengutip satu emas, tiga perak dan beberapa gangsa.

“Semua negeri bakal memberikan saingan hebat kerana masing-masing mempunyai atlet kebangsaan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Prem Kumar berkata Selangor bakal menghantar 12 atlet untuk acara kumite dan enam acara kata.

Tambah beliau, sesi latihan masih dijalankan secara individu sebagai langkah berjaga-jaga mengelak penularan wabak.

Sukma 2020 di Johor dijadualkan semula pada 6 hingga 14 Mac susulan pandemik Covid-19.


Pengarang :