Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan ADN Kota Damansara Shatiri Shatiri Mansor mengagihkan bantuan pada program Edaran Beg Makanan TS Cares Siri-3 di Dewan MPBJ Seksyen 2, Kota Damansara pada 4 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Team Selangor Cares ringan beban 3,000 keluarga – MB

PETALING JAYA, 4 JULAI: Kerajaan Negeri dengan kerjasama syarikat swasta menjayakan program Team Selangor (TS) Cares membantu kira-kira 3,000 keluarga mendapat bekalan makanan akibat terjejas dengan pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata ia membabitkan penyertaan syarikat seperti Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Nestle, Adabi Consumer dan Cocoaland Industry.

“Terima kasih kerana sudi menyumbang bakti dalam usaha membantu rakyat di Selangor yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika program TS Cares di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menjalankan program berkenaan menerusi Inisiatif Pemerkasaan Komuniti atau lebih dikenali Team Selangor bertujuan mengagihkan bantuan dalam bentuk makanan dan keperluan harian kepada komuniti setempat di seluruh Selangor.

“Team Selangor bergerak untuk membantu meringankan beban masyarakat dalam menghadapi wabak Covid-19,” katanya.


Pengarang :