AGENSISELANGOR

Team Selangor Cares sasar bantu 2,000 keluarga lagi

SHAH ALAM, 8 JULAI: Team Selangor Cares akan melanjutkan sesi bantuan bekalan makanan kepada golongan terjejas susulan Covid-19 dan menyasarkan kira-kira 2,000 keluarga lagi.

Pegawainya, Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar berkata setakat ini 3,000 keluarga sudah dibantu dan pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli parlimen, ahli dewan negeri, ahli majlis serta ketua kampung untuk mendapatkan senarai penerima.

“Program edaran berjalan lancar dan kita bercadang melanjutkannya sehingga hujung Ogos demi meringankan beban golongan terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada SelangorKini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh hubungi pejabat Team Selangor Cares di talian 03-7932 0711.

Team Selangor Cares adalah kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak swasta membabitkan penyertaan syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Nestle, Adabi Consumer dan Cocoaland Industry.


Pengarang :