Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail ketika sesi perbahasan sidang Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Terbaik urus Covid-19, pembangkang ucap tahniah Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 13 JULAI: Usaha Kerajaan Negeri menangani Covid-19 di Selangor mendapat pujian dari Ketua Pembangkang, Rizal Ismail.

“Kes Covid-19 di negeri ini semakin turun, jumlah keseluruhan sehingga 12 Julai ialah 2,088 dan sekarang hanya tinggal 13 kes aktif di beberapa mukim.

“Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan Kerajaan Negeri yang bertungkus lumus menangani wabak ini,” katanya ketika sesi perbahasan pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan Covid-19.

Menerusinya, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa satu berjumlah RM127.78 juta diumumkan pada 20 Mac lalu manakala fasa kedua sebanyak RM272.5 juta dibentangkan pada 1 April dan fasa ketiga ialah RM260.14 juta diumum hari ini.


Pengarang :