Kakitangan Tourism Selangor melafazkan ikrar bebas rasuah di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 9 Julai 2020. Foto Tourism Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tourism Selangor lafaz ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 11 JULAI: Tourism Selangor kelmarin melafazkan ikrar bebas rasuah di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda bagi membendung jenayah tersebut dalam kalangan warga kerjanya.

Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata sesi itu memberi kesedaran kepada kakitangan untuk menolak amalan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah organisasi.

“Saya berusaha menjadikan Tourism Selangor sebagai entiti yang diamanahkan untuk mempromosi pelancongan negeri supaya bebas gejala rasuah dan perlakuan tidak berintegriti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sesi lafaz ikrar juga membuktikan komitmen badan pelancongan negeri itu menekankan elemen ketelusan untuk menjaga nama baik Kerajaan Selangor.

Majlis yang disusuli dengan pemeteraian aku janji disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Alias Salim dan Ketua Kluster Tadbir Urus Pemerbadanan Menteri Besar Anas Sulaiman.


Pengarang :