Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M Yusop bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Sistem E-Dialisis Lembaga Zakat Selangor di Hotel Acapella, Shah Alam pada 21 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENSISELANGOR

Yakin kutip RM800 juta zakat, LZS giat kempen digital

SHAH ALAM, 22 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) yakin dapat mengutip RM800 juta zakat perniagaan dan pendapatan tahun ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan Mat Yusop berkata bagi menjayakannya, pihaknya akan melaksanakan promosi giat menerusi kempen digital.

“Sehingga Mei, LZS berjaya mengutip RM340 juta, jadi saya yakin sekiranya usaha menerusi landasan digital diteruskan, kita akan mencapai sasaran kutipan zakat itu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sistem E-dialisis di Hotel Acapella di sini semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Paduka Emeritus Prof Dr Mohamad Awang dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid.

Pada 11 Julai lalu, LZS menurunkan sasaran kutipan zakat dari RM855.1 juta kepada RM800 juta akibat penularan Covid-19.

Tahun lalu, zakat perniagaan dan pendapatan menyumbang sebanyak 78 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan di Selangor.


Pengarang :