Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Eddie Ahmad Khodzali ketika sesi soal jawab sempena Program Santai Bersama Pengerusi Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Yayasan Selangor: Pelantikan ketua pegawai eksekutif ikut peraturan, skim perkhidmatan

SHAH ALAM, 15 JULAI: Yayasan Selangor menegaskan pelantikan ketua pegawai eksekutif yang ditimbulkan ketua pembangkang Selangor dibuat mengikut peraturan dan skim perkhidmatan.

“Perkhidmatan beliau (ketua pegawai eksekutif) di organisasi sebelum ini di CCSB difahamkan telah selesai dan tidak timbul isu dengan Yayasan Selangor,” kata agensi dalam kenyataan hari ini.

Agensi milik Kerajaan Negeri itu menjadi tumpuan Dewan Negeri Selangor apabila Rizam Ismail membantah tindakan Kerajaan Negeri yang ingin menjual 77 aset Yayasan Selangor bernilai RM45.13 juta.

Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar itu dalam sidang media semalam dilaporkan berkata sebarang tindakan penjualan aset harus dibuat secara rasional dengan justifikasi yang munasabah selain meminta Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari membatalkan penjualan aset berkenaan.


Pengarang :