Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 15 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Yayasan Selangor tanggung hutang RM34 juta sejak 1990 – MB

SHAH ALAM, 16 JULAI: Sistem dan amalan pentadbiran terdahulu didakwa menjadi punca Yayasan Selangor menanggung hutang berjumlah RM34 juta sejak 1990, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hutang tersebut berpunca kegagalan pembayaran balik pinjaman pelajaran dan penyewaan aset sekali gus menjejaskan operasi yayasan.

“Selain itu kos pentadbiran dan pengurusan untuk setahun bagi aset milik yayasan berjumlah RM 2.9 juta tetapi hasil sewaan hanya RM123,000 sahaja.

“Kita tidak boleh terus menangung kerugian, jadi aset yang tidak mendatangkan pulangan perlu dijual sebagai langkah penstukturan semula,” katanya ketika menjelaskan penjualan aset Yayasan Selangor dibangkitkan Ketua Pembangkang, Rizam Ismail pada Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri membuat penambahbaikan melalui aset lebih berdaya saing dan menguntungkan, selain membaik pulih aset milik yayasan di Kampung Baru, Ampang Point dan Bukit Bintang.

“Kita juga bercadang memindahkan Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya ke ibu negeri Selangor di Shah Alam,” katanya.


Pengarang :