Md Arifin (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil Sekolah Agama Menengah (SAM) Sungai Merab Luar, Kajang pada 8 Julai 2020. Foto YIDE
AGENSISELANGOR

Yide sumbang keperluan asas, wang tunai bantu sekolah terjejas

SHAH ALAM, 9 JULAI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbang barang keperluan asas dan wang tunai kepada Sekolah Agama Menengah (SAM) Sungai Merab Luar, Kajang yang rosak akibat ribut.

“Kejadian ini menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian bumbung kantin, asrama lelaki dan perempuan termasuk pejabat sekolah dan bilik guru sehingga menyebabkan gangguan elektrik serta kebocoran,” kata Pengurus Operasi Yide Md Arifin Jaafar dalam kenyataan.

Md Arifin menyampaikan sumbangan terbabit ketika turun padang bagi melihat keadaan sekolah itu semalam.

Selain bangunan sekolah itu, dilaporkan 30 rumah di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang turut mengalami kerosakan teruk akibat ribut dan angin kencang pada Ahad lalu.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah atau malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian khas Yide di 017-7569476.


Pengarang :