AGENDANASIONAL

127 ditahan ingkar PKPP, lapan direman – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 5 OGOS: Seramai 127 individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu lapan dikenakan reman manakala 119 pula dikompaun.

“Ia membabitkan kesalahan tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) dan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 64,656 pemeriksaan dilakukan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

“Pemeriksaan disertai 14,167 anggota memantau 4,110 pasar raya, 6,083 restoran, 1,325 penjaja, 1,114 kilang, 3,819 bank dan 797 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau ialah 1,189 terminal pengangkutan darat, 218 terminal pengangkutan air dan 151 terminal pengangkutan udara,” katanya.


Pengarang :