Penduduk pekan Dengkil yang terjejas akibat banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Dengkil pada 19 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

291 mangsa banjir di Sepang ditempatkan di empat pusat pemindahan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Seramai 291 mangsa banjir sekitar Sepang masih ditempatkan di pusat pemindahan, kata ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata walaupun jumlah mangsa berkurangan berbanding semalam namun empat pusat pemindahan tetap dibuka bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

“Setiap pusat menempatkan antara 39 hingga 125 mangsa banjir. Setakat 11 pagi tadi 114 mangsa dari 28 keluarga sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Kami akan terus memantau dan membuat tindakan susulan terhadap kejadian ini selaian memastikan kebajikan mangsa terjaga,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Empat pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Dengkil, Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil dan SRA Ahmad Razali.

Kelmarin sebanyak 20 kawasan di daerah Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Selangor mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dibekalkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.


Pengarang :