Rakyat Malaysia dari India terus dibawa ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan bagi menjalani kuarantin wajib 14 hari. Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
AGENDANASIONAL

7,364 individu jalani kuarantin wajib di lokasi ditetapkan

SHAH ALAM, 8 OGOS: Seramai 7,364 individu pulang dari luar negara menjalani kuarantin wajib di lokasi ditetapkan kerajaan sejak 24 Julai hingga semalam.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata lokasi tersebut termasuk 30 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah.

“Mereka pulang dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia.

“Daripada jumlah itu seramai 20 individu dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif Covid-19,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan semua warga asing dan rakyat Malaysia yang tiba dari luar negara diwajibkan semula menjalani kuarantin di stesen tertentu mulai 24 Julai.

Tindakan itu susulan peningkatan kes import dan ketidakpatuhan tatacara operasi piawai (SOP) hingga menyebabkan peningkatan risiko penularan wabak Covid-19.


Pengarang :