Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Penutup Program Keusahawanan Selangor Restart di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 12 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Bantu 49,000 usahawan kembang niaga, Hijrah kekal jadi pilihan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Hampir 49,000 usahawan meraih pinjaman daripada Hijrah Selangor bagi meluaskan perniagaan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bilangan peserta juga bertambah 1,036 orang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan agihan bantuan modal RM11.82 juta.

“Rekodnya jelas ramai berkembang menjadi usahawan berjaya. Selain bantuan modal, kita juga beri ilmu dan pengetahuan kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan,” katanya ditemui selepas Program Keusahawanan Selangor Restart di Plaza Alam Sentral semalam.

Beliau berkata pandemik Covid-19 mengajar masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di samping meneroka era digital bagi melebar perniagaan ke peringkat global.

Program Keusahawanan Selangor Restart disertai 250 peserta menaikkan semangat usahawan yang terjejas akibat penularan wabak dengan menampilkan pencemarah terkenal Prof Adjung Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.


Pengarang :