ADN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengetuai peserta konvoi bermotorsikal ketika flag off Program Jelajah Merdeka Anak Muda Kota Raja Anjuran Pejabat Dun Sungai Kandis di Stadium Kota Raja, Klang pada 23 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Belia Kota Raja sertai jelajah kemerdekaan, semarak semangat patriotik

KLANG, 23 OGOS: Seramai 180 belia menyertai Jelajah Kemerdekaan Anak Muda Kota Raja dengan menaiki motosikal bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Jelajah yang turut disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bermula di pekarangan Stadium Kota Raja dan melawat 10 kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Zawawi berharap menerusi jelajah ini golongan belia mempunyai kesedaran patriotik untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama peserta konvoi mengibarkan bendera Malaysia ketika Program Jelajah Merdeka Anak Muda Kota Raja Anjuran Pejabat Dun Sungai Kandis di Kampung Sungai Kandis, Klang pada 23 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita juga mengadakan kempen kesedaran awam tentang kepentingan menjaga jarak fizikal ketika berdepan pandemik serta mengedarkan pelitup muka dan bendera di samping kempen jauhi dadah,” katanya.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah edaran Jalur Gemilang kepada orang awam dan gotong-royong di rumah warga emas, Ab Razak Baharum, 73.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian di Kampung Sungai Kandis sambil menunggang motosikal bersama konvoi belia ke Warung Itik Salai untuk menikmati makan tengah hari


Pengarang :