Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat yang hadir membuat saringan Covid-19 di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 11 kes baharu, tiada kematian

SHAH ALAM, 29 OGOS: Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 direkod hari ini dengan 10 kes import dan satu kes penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhannya sebanyak 9,317 kes dicatat dengan kes aktif kebolehjangkitan sejumlah 154 kes.

“Sepuluh kes mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan enam warganegara dan empat warga asing. Lapan daripadanya pulang dari India serta masing-masing satu dari Indonesia dan Qatar.

“Kes tunggal penularan tempatan pula memabitkan rakyat Malaysia di Sarawak yang dikesan melalui saringan prapembedahan di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat lapan kes pulih menjadikan jumlah pesakit sembuh seramai 9,038 orang atau 97 peratus.

Katanya, lapan individu dirawat di unit rawatan rapi dan enam memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian dicatatkan hari ini dan jumlah yang maut kekal 125 orang,” katanya.


Pengarang :