Orang ramai berdiri di kawasan ditetapkan untuk memastikan jarak sosial di dalam lif sebuah pusat beli-belah di Surabaya pada 19 Mac 2020, di tengah kebimbangan mengenai wabak Covid-19. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Indonesia rekod 2,473 kes baharu, 72 kematian dalam 24 jam

JAKARTA, 7 OGOS: Indonesia mencatatkan 2,473 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini meningkat kepada 121,226 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 80,200 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 72 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,593 orang.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 24,601 kes, diikuti Jawa Timur (24,493) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur masih mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,834 orang, diikuti Jakarta (913), Jawa Tengah (709), Sulawesi Selatan (334) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

– BERNAMA


Pengarang :