AGENSISELANGOR

Covid-19: Jumlah kes di Selangor kekal 2,153

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tiada pertambahan kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menjadikan jumlah kes di negeri itu kekal 2,153.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata pencapaian itu mampu dikekalkan
dengan menjadikan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan sebagai rutin harian.

“Syabas Selangor! Pencapaian ini mampu dikekalkan apabila kita tidak memandang mudah dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal, basuh tangan secara kerap, pakai pelitup muka dan sentiasa mendaftarkan pengunjung yang masuk ke dalam premis dengan SELangkah,” katanya di Facebook.

Sementara itu, dua daerah masih diklasifikasikan sebagai zon kuning susulan terdapat satu kes aktif masing-masing di Hulu Langat dan Gombak.

Hari ini Malaysia merekodkan lapan kes baharu membabitkan negeri Sabah (satu kes), Sarawak (satu kes), Kuala Lumpur (satu kes) dan Kedah (lima kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan empat pesakit sembuh.

 


Pengarang :