Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Lapan daerah di Selangor berstatus hijau

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor kini berstatus hijau, menurut Data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Daerah tersebut ialah Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam, Klang dan Petaling, manakala Hulu Langat menjadi satu-satunya daerah bersatus kuning.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes Covid-9 di Selangor ialah 2,142 kes dengan hanya satu kes aktif.

Jelas data tersebut, negeri ini merekodkan 209 kes import dengan mereka yang pulang dari Indonesia mencatat kes positif tertinggi iaitu 34 kes, Mesir (25 kes) dan Arab Saudi (19 kes).

Malaysia merekodkan sebanyak 15 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 11 kes membabitkan penularan tempatan.

Sebanyak sembilan daripada kes penularan tempatan dikesan dari kluster baharu di Kedah.


Pengarang :