Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat yang hadir membuat saringan Covid-19 di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat dua kes import

SHAH ALAM, 21 OGOS: Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) memaklumkan dua kes baharu direkod hari ini membabitkan pengembara bukan warganegara dari Indonesia dan India.

Agensi itu berkata kes itu menjadikan jumlah kumulatif di negeri ini sebanyak 2,153 manakala dua kes aktif dengan kebolehjangkitan.

“Tiada kes pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 1,908 dan angka kematian kekal 24 orang,” katanya.

Dua daerah masih diklasifikasikan sebagai zon kuning susulan terdapat satu kes aktif masing-masing di Hulu Langat dan Gombak.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menggesa masyarakat sentiasa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) meskipun tiada kes penularan tempatan di negeri ini.

“Walau tiada jangkitan tempatan namun risiko jangkitan tetap wujud. Jangan abaikan norma baru dan sentiasa merekodkan kedatangan pengunjung ke premis atau kediaman anda menggunakan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat),” katanya di Facebook.

Hari ini, Malaysia merekodkan sembilan kes baharu membabitkan empat kes import dan lima penularan tempatan.


Pengarang :